Dua suspek kes samun larikan motosikal dicekup

Kedua-dua suspek warga asing ditahan dalam serbuan berasingan di kawasan perumahan Ladang Imam, Bombalai.
Kedua-dua suspek warga asing ditahan dalam serbuan berasingan di kawasan perumahan Ladang Imam, Bombalai.
A
A
A

TAWAU - Tindakan dua lelaki melarikan sebuah motosikal dalam kejadian di kawasan deretan kedai di Taman Semarak, di sini, membawa padah apabila mereka akhirnya ditahan polis pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kedua-dua suspek warga asing masing-masing berusia 33 dan 37 tahun ditahan dalam serbuan berasingan di kawasan perumahan Ladang Imam, Bombalai.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian samun itu berlaku ketika mangsa seorang lelaki tempatan bertemu dengan suspek untuk menghantar makanan yang ditempah kira-kira jam 11.30 malam Isnin.

"Sebaik tiba, salah seorang suspek bertindak mengarahkan mangsa turun daripada motosikal manakala seorang lagi mengancam mangsa sebelum kedua-duanya melarikan motosikal terbabit.

"Berdasarkan laporan kejadian itu, kedua-dua suspek kemudian berjaya ditahan dalam serbuan berasingan di kawasan perumahan ladang dan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang disyaki barang kes turut dirampas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: