Sinergi perniagaan bantu dana Rumah Ngaji @ Furqon

Hafiza (depan, dua dari kanan) bersama rakan strategik perniagaan dan pelanggan memberi sokongan World #QuranHour selepas Majlis Prapelancaran Rumah Ngaji @ Furqon: Self-Sustaining Model.
Hafiza (depan, dua dari kanan) bersama rakan strategik perniagaan dan pelanggan memberi sokongan World #QuranHour selepas Majlis Prapelancaran Rumah Ngaji @ Furqon: Self-Sustaining Model.
A
A
A

PETALING JAYA - Pusat Rawatan Islam, Furqon Natural Therapy & Acupuncture Centre Dan The Healers Project meningkatkan jaringan perniagaan bagi mengukuhkan dana Rumah Ngaji @ Furqon, Damansara Damai melalui potongan 10 peratus daripada keuntungan tersebut.

Pengasas bersama, Hafiza Alias dan suaminya, Mohd Arief Ashraf Md Isa yang merupakan penggerak Rumah Ngaji @ Furqon mengambil konsep bisnes secara berjemaah bagi mengelakkan pergantungan sepenuhnya terhadap infak dan sumbangan orang ramai.

“Rumah Ngaji yang mampan perlu perancangan untuk jangka panjang berasaskan perniagaan bagi menjana pendapatan berterusan tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan dan infak.

“Kami ingin menjadikan pelbagai perniagaan yang boleh menyumbang ke Rumah Ngaji sebagai projek komuniti. Kami harap inisiatif tersebut menjadi aspirasi Rumah Ngaji lain di seluruh malaysia.

“Kita harus saling membantu dalam menjayakan perniagaan bersama rakan strategik. Fokus utama perniagaan kami adalah terapi akupuntur Korea, bekam, urutan dan rawatan Islam,” katanya.

Beliau mengumumkan inisiatif tersebut di Majlis Prapelancaran Rumah Ngaji @ Furqon: Self Sustaining Model di Damansara Damai, di sini, pada 1 April lalu.

Antara produk perniagaan diperkenalkan adalah program kesihatan dan kecantikan melalui perkhidmatan pemanjaan diri daripada pakar urut berpengalaman dari Kuwait; Rumah Santap Furqon yang menawarkan menu masakan Melayu khususnya asam pedas Melaka; dan rawatan penjagaan wajah Penta Series oleh Penta Harvest International Skincare.

Rumah Ngaji @ Furqon menawarkan kelas mengaji dewasa, fardu ain, tadabbur ayat-ayat al-Quran berkaitan kesihatan secara percuma

Artikel Berkaitan: