Disinfeksi, kawal tikus di bazar Ramadan

Anggota JBPM melakukan sanitasi di sebuah kedai di tapak bazar Ramadan di pekan Kuala Nerang di sini pada Sabtu.
Anggota JBPM melakukan sanitasi di sebuah kedai di tapak bazar Ramadan di pekan Kuala Nerang di sini pada Sabtu.
A
A
A

PADANG TERAP - Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) menjalankan Program Kawalan Disinfeksi dan Kawalan Lilati di tapak Bazar Ramadan, pekan Kuala Nerang sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap, Datuk Abd Ghani Zainuddin berkata, program berkenaan disertai pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), jabatan kesihatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Selain sanitasi kita turut menjalankan kawalan lilati (lipas, lalat dan tikus) termasuk penjarakan sosial sebelum peniaga memasang khemah pada esok hari," katanya ketika ditemui selepas program gotong-royong di tapak bazar Ramadan di sini pada Sabtu.

Dua kakitangan MDPT sedang membersihkan kawasan persekitaran tapak bazar Ramadan di pekan Kuala Nerang di sini pada Sabtu.
Dua kakitangan MDPT sedang membersihkan kawasan persekitaran tapak bazar Ramadan di pekan Kuala Nerang di sini pada Sabtu.

Menurutnya, MDPT turut mengedarkan risalah kepada orang ramai sebagai peringatan penjagaan prosedur operasi standard (SOP).

Tambah beliau, pihak berkuasa akan mengenakan tindakan jika berlaku pelanggaran SOP.

Abd Ghani sebelum itu turut mengedarkan risalah di pasar pagi di Pekan Kuala Nerang.

"Dua bazar Ramadan yang beroperasi di bawah bidang kuasa MDPT dan seramai 20 penguat kuasa membabitkan pelbagai agensi akan bertugas mengikut giliran bagi memastikan pengunjung mematuhi semua SOP yang ditetapkan," katanya.

Artikel Berkaitan: