Peniaga resah dua hari tiada bekalan air

Ghazali menunjukkan tong yang digunakan untuk mengambil air dari kawasan berhampiran selepas berlaku gangguan bekalan air di bangunan pasar sejak Jumaat. (Gambar kecil dari kiri: Nurzamzarina, Irwan)
Ghazali menunjukkan tong yang digunakan untuk mengambil air dari kawasan berhampiran selepas berlaku gangguan bekalan air di bangunan pasar sejak Jumaat. (Gambar kecil dari kiri: Nurzamzarina, Irwan)
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ratusan peniaga di Pasar Harian Selayang mendakwa terpaksa menjalankan operasi perniagaan dalam keadaan tidak selesa selepas berdepan masalah ketiadaan bekalan air sejak Jumaat.

Seorang peniaga, Norzamzarina Kamarul Baharin, 37, berkata, ketiadaan air mengganggu operasi perniagaan dan terpaksa mengambil air dari rumah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Norzamzarina berharap pihak pengurusan dapat menyediakan bekalan alternatif sepanjang tempoh gangguan tersebut bagi melancarkan operasi perniagaan mereka.

"Saya dan suami terpaksa berulang-alik dari rumah ke pasar angkut air. Mulanya guna motosikal sahaja tetapi kemudian terpaksa naik kereta sebab tidak larat.

"Kami guna banyak air untuk basuh ayam, bila tiada air memang ganggu kerja.

Nak tutup operasi tak boleh kerana perlu siapkan tempahan pelanggan, " katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Seorang pekerja pembersihan dilihat mengambil air dari pili bomba susulan ketiadaan bekalan air sejak Jumaat.
Seorang pekerja pembersihan dilihat mengambil air dari pili bomba susulan ketiadaan bekalan air sejak Jumaat.

Situasi sama dihadapi seorang lagi peniaga, Ghazali Awang, 54, yang terpaksa mengangkut air dari kawasan berhampiran untuk kegunaan membasuh ayam.

Artikel Berkaitan:

Dia meluahkan rasa hairan berikutan gangguan air hanya berlaku di bangunan tersebut sebaliknya kawasan sekitar mempunyai bekalan seperti biasa.

"Sebelum ini memang ada gangguan tetapi kawasan rumah dan sekitar dah ada air semula cuma bangunan pasar masih belum terima bekalan.

"Saya tak pasti jika gangguan air ini disebabkan masalah teknikal atau isu lain tetapi harap ia dapat diselesaikan segera kerana kami terpaksa menambah kos operasi termasuk membeli beg air bagi mengelak ayam rosak," katanya.

Seorang lagi peniaga, Irwan Idris, 40, berkata, isu tiada air telah dibawa kepada pihak pengurusan namun tiada sebarang tindakan diambil.

"Kami terpaksa berniaga dalam keadaan tidak selesa, sepatutnya pihak pengurusan sediakan alternatif seperti lori air," katanya.