Penunggang maut, motosikal hilang kawalan

Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang dipercayai hilang kawalan di Kilometer 8 Jalan Kuala Pilah-Tampin pada Jumaat. - Foto PDRM
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang dipercayai hilang kawalan di Kilometer 8 Jalan Kuala Pilah-Tampin pada Jumaat. - Foto PDRM
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum jatuh ke tebing di Kilometer 8 Jalan Kuala Pilah-Tampin pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.05 malam itu, mangsa, Shah Rizal Shah Budin, 41, yang menunggang motosikal jenis Honda RS dalam perjalanan dari arah Kuala Pilah menghala ke Tampin.

"Sebaik mangsa tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan lalu terjatuh ke tebing yang berada di sebelah kiri jalan.

"Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika mengesahkan laporan pada Sabtu.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk proses bedah siasat dan waris telah dimaklumkan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: