Covid-19: Petunjuk jangkitan semakin terkawal

Orang ramai diingatkan untuk tidak lalai dan mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara memasuki fasa peralihan ke endemik. - Gambar hiasan/Foto Bernama
Orang ramai diingatkan untuk tidak lalai dan mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara memasuki fasa peralihan ke endemik. - Gambar hiasan/Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR- Dengan kes harian baharu Covid-19 sekitar belasan ribu sejak hampir seminggu lepas dan kes sembuh yang kekal tinggi, pasti ia petanda permulaan baik fasa peralihan ke endemik untuk Malaysia.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Ro/Rt) juga menurun bawah 1.00 dan semalam berada pada paras 0.87.

Untuk rekod, Malaysia mencatat kes terendah sebanyak 13,336 kes pada 28 Mac 2022. Angka terendah sekitar 13,000 direkod pada tahun 2022 ialah pada 8 Februari (13,944 kes).

Semalam (31 Mac 2022), sebanyak 18,560 kes harian baharu Covid-19 dilaporkan, menjadikan kes kumulatif sebanyak 4,201,919 kes. Daripada jumlah itu, Selangor menyumbang sebanyak 10,735 kes.

Selain Selangor, bilangan negeri yang mencatat kes harian tinggi juga menurun dan cuma sembilan (9) kluster baharu dilaporkan sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 26 Mac hingga 31 Mac 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lalu mengumumkan fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai "exit strategy untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan Covid-19.

Fasa ini juga fasa sementara sebelum negara beralih ke Fasa Endemik dan pengumuman mengenainya hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Berikut rekod kes harian baharu sepanjang tempoh Rangkuman ini:-

26 Mac (20,923), 27 Mac (16,863), 28 Mac (13,336), 29 Mac (15,215), 30 Mac (15,941) dan 31 Mac (18,560).

Artikel Berkaitan:

Kes sembuh masih mengatasi kes harian baharu pada kebanyakan hari sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini dan setakat pukul 11:59 malam 31 Mac 2022, kes aktif Covid-19 adalah sebanyak 206,854 kes.

Rekod kes sembuh Covid-19 untuk tempoh Rangkuman yang sama, seperti berikut:-

26 Mac (25,467), 27 Mac (26,171), 28 Mac (25,552), 29 Mac (24,154), 30 Mac (21,186) dan 31 Mac (18,253).

Dengan kes kumulatif sebanyak 4,201,919, Malaysia kini di tangga 23 daripada 225 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Australia (4,514,213) dan Ukraine (4,966,800).

Dalam kalangan 225 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Korea Selatan mencatat angka kes harian baharu tertinggi semalam iaitu 320,675 kes dengan 375 kematian, diikuti Jerman 257,768 kes (303 kematian) dan Perancis 169,311 kes (139 kematian).

Data COVIDNOW KKM setakat jam 11:59 malam, 31 Mac 2022 menunjukkan kes aktif Covid-19 sebanyak 206,854 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 201,420 kes (97.4 peratus) dikuarantin di rumah.

Sebanyak 646 kes (0.3 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 4,521 kes (2.2 peratus) di hospital; 103 kes (0.0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 164 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Negeri yang mencatat kes lima (5) dan empat (4) angka sepanjang tempoh Rangkuman ini, seperti berikut:-

26 Mac - Negeri Sembilan (1,304), Perak (1,185), Pulau Pinang (1,145), Selangor (10,790) dan WP Kuala Lumpur (1,855).

27 Mac - Selangor (9,273) dan WP Kuala Lumpur (1,395).

28 Mac - Selangor (6,509) dan WP Kuala Lumpur (1,317).

29 Mac - Selangor (6,985) dan WP Kuala Lumpur (1,434).

30 Mac - Selangor (7,748), dan WP Kuala Lumpur (1,411).

31 Mac - Selangor (10,735), WP Kuala Lumpur (1,188) dan Negeri Sembilan (1,077).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar hari ini, daripada 18,560 kes harian baharu direkod pada 31 Mac, kategori 1 sebanyak 9,473 kes (51.04 peratus); kategori 2 sebanyak 8,962 kes (48.29 peratus); kategori 3 sebanyak 47 kes (0.25 peratus); kategori 4 sebanyak 37 kes (0.20 peratus) dan kategori 5 sebanyak 41 kes (0.22 peratus).

KKM meletakkan pesakit Covid-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksigen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Sebanyak 18,253 kes sembuh pesakit Covid-19, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 3,960,082 (94.2 peratus).

Sebanyak 128 kes di Unit Rawatan Rapi disahkan sebagai Covid-19 setakat semalam dan 79 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini kekal bawah paras 1.00.

Data untuk Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-

26 Mac (0.93), 27 Mac (0.93), 28 Mac (0.92), 29 Mac (0.89), 30 Mac (0.88) dan 31 Mac (0.87).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 31 Mac 2022 adalah Selangor (1.06).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Senario Covid-19 di Malaysia

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

26 Mac (242,487), 27 Mac (233,179), 28 Mac (220,872), 29 Mac (236,023), 30 Mac (206,591) dan 31 Mac (206,854).

Perincian kes harian baharu (18,560 kes) mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 31 Mac 2022, adalah seperti berikut:- (+kes import)

Kes harian baharu lima angka - Selangor 10,678 (+57);

Kes harian baharu empat angka - Negeri Sembilan 1,076 (+1) dan WP Kuala Lumpur 1,177 (+11).

K​​​​es harian baharu tiga angka - Johor 934 (+20), Kedah 598 (+9), Kelantan 249 (+22), Melaka 327 (+11), Pahang 461 (+ 19), Perak 729 (+22), Pulau Pinang 790 (+0), Sabah 214 (+0), Sarawak 638 (+1) dan Terengganu 316 (+9).

Kes baharu dua angka - Perlis 48 (+0), WP Labuan 41 (+1 ) dan WP Putrajaya 97 (+4).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

26 Mac - Kes baharu: 20,923 kes (4,122,004 kes kumulatif); Kes import: 228 kes [203 warganegara

(89.0%); 25 bukan warganegara (11.0%)]; Kes tempatan: 20,695 kes [19,905 warganegara

(96.2%); 790 bukan warganegara (3.8%)];

27 Mac - Kes baharu: 16,863 kes (4,138,867 kes kumulatif); Kes import: 238 kes [236 warganegara

(99.2%); 2 bukan warganegara (0.8%)]; Kes tempatan: 16,625 kes [16,031 warganegara

(96.4%); 594 bukan warganegara (3.6%)];

28 Mac - Kes baharu: 13,336 kes (4,152,203 kes kumulatif); Kes import: 189 kes [179 warganegara

(94.7%); 10 bukan warganegara (5.3%)]; Kes tempatan: 13,147 kes [12,530 warganegara

(95.3%); 617 bukan warganegara (4.7%)];

29 Mac - Kes baharu: 15,215 kes (4,167,418 kes kumulatif); Kes import: 250 kes [227 warganegara

(90.8%); 23 bukan warganegara (9.2%)]; Kes tempatan: 14,965 kes [14,339 warganegara

(95.8%); 626 bukan warganegara (4.2%)];

30 Mac - Kes baharu: 15,941 kes (4,183,359 kes kumulatif); Kes import: 168 kes [161 warganegara

(95.8%); 7 bukan warganegara (4.2%)]; Kes tempatan: 15,773 kes [15,100 warganegara

(95.7%); 673 bukan warganegara (4.3%)];

31 Mac - Kes baharu: 18,560 kes (4,201,919 kes kumulatif); Kes import: 187 kes [175 warganegara

(93.6%); 12 bukan warganegara (6.4%)]; Kes tempatan: 18,373 kes [17,550 warganegara

(95.5%); 823 bukan warganegara (4.5%)];

Sementara itu, jumlah kluster aktif dalam negara setakat Khamis 31 Mac 2022 sebanyak 198 kluster. Secara keseluruhan, sebanyak 6,932 kluster dikesan dan 6,734 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (26 Mac hingga 31 Mac 2022), hanya sembilan (9) kluster baharu direkod, iaitu empat (4) kluster pendidikan (44.44 peratus), empat (4) kluster berisiko tinggi (44.44 peratus) dan satu (1) kluster tempat kerja (11.11 peratus).

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

26 Mac - 3 (pendidikan 2 dan kumpulan berisiko tinggi 1 );

27 Mac - 1 ( kumpulan berisiko tinggi 1 );

28 Mac - 2 (tempat kerja 1 dan pendidikan 1 );

29 Mac - 2 (pendidikan 1 dan kumpulan berisiko tinggi 1 );

30 Mac - 1 (kumpulan berisiko tinggi 1) ;

31 Mac - 0 (0 ).

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-

* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Daripada 20,923 kes harian yang dilaporkan pada 26 Mac 2022:

Kategori 1: 7,802 kes (37.29%);

Kategori 2: 13,006 kes (62.16%);

Kategori 3: 44 kes (0.21%);

Kategori 4: 26 kes (0.12%); dan

Kategori 5: 45 kes (0.22%).

Daripada 16,863 kes harian yang dilaporkan pada 27 Mac 2022:

Kategori 1: 8,652 kes (51.31%);

Kategori 2: 8,111 kes (48.10%);

Kategori 3: 48 kes (0.28%);

Kategori 4: 29 kes (0.17%); dan

Kategori 5: 23 kes (0.14%).

Daripada 13,336 kes harian yang dilaporkan pada 28 Mac 2022:

Kategori 1: 6,885 kes (51.63%);

Kategori 2: 6,340 kes (47.54%);

Kategori 3: 43 kes (0.32%);

Kategori 4: 32 kes (0.24%); dan

Kategori 5: 36 kes (0.27%).

Daripada 15,215 kes harian yang dilaporkan pada 29 Mac 2022:

Kategori 1: 7,446 kes (48.94%);

Kategori 2: 7,635 kes (50.18%);

Kategori 3: 60 kes (0.39%);

Kategori 4: 26 kes (0.17%); dan

Kategori 5: 48 kes (0.32%).

Daripada 15,941 kes harian yang dilaporkan pada 30 Mac 2022:

Kategori 1: 7,474 kes (46.88%);

Kategori 2: 8,359 kes (52.44%);

Kategori 3: 50 kes (0.32%);

Kategori 4: 26 kes (0.16%); dan

Kategori 5: 32 kes (0.20%).

Daripada 18,560 kes harian yang dilaporkan pada 31 Mac 2022:

Kategori 1: 9,473 kes (51.04%);

Kategori 2: 8,962 kes (48.29%);

Kategori 3: 47 kes (0.25%);

Kategori 4: 37 kes (0.20%); dan

Kategori 5: 41 kes (0.22%).

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-

26 Mac (25,467), 27 Mac (26,171), 28 Mac (25,552), 29 Mac (24,154), 30 Mac (21,186) dan 31 Mac (18,253).

* kes kumulatif sembuh sehingga 31 Mac 2022 sebanyak 3,960,082 (94.2 peratus).

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

26 Mac -34 (BID 8), 27 Mac -37 (BID 6), 28 Mac- 54 (BID 16), 29 Mac -64 (BID 14), 30 Mac - 33 (BID 11) dan 31 Mac - 44 (BID 8).

*Jumlah kes kematian sehingga 31 Mac 2022, sebanyak 34,983 kes. - Bernama