Medvedev terlepas peluang rampas kedudukan nombor satu dunia

Medvedev kecewa selepas ditunjuk jalan keluar oleh Hurkacz pada kejohanan Terbuka Miami.
Medvedev kecewa selepas ditunjuk jalan keluar oleh Hurkacz pada kejohanan Terbuka Miami.
A
A
A

PEMAIN Rusia, Daniil Medvedev terlepas peluang untuk kembali merampas kedudukan nombor satu dunia apabila tewas kepada Hubert Hurkacz di pusingan suku akhir Terbuka Miami pada Selasa.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hard Rock, Medvedev terpaksa akur dengan kekuatan juara bertahan itu selepas kalah straight set 7-6 (9-7) 6-3.

Dengan kekalahan tersebut, menyaksikan pemain Serbia, Novak Djokovic kekal menghuni takhta ranking pemain perseorangan lelaki.

"Saya rasa keadaan memihak kepada saya hari ini, jadi saya cuba menggunakan peluang tersebut dengan sebaiknya.

"Saya berjaya membalas pukulan Medvedev dengan baik selain berjaya mendapat mata percuma melalui servis Ace.

"Jadi saya berharap dapat mengekalkan momentum pada perlawanan seterusnya," kata Hurkacz.

Hurkacz akan bertemu dengan wakil Sepanyol, Alcaraz Garfia di peringkat separuh akhir pada Sabtu bagi memburu tiket ke perlawanan akhir Terbuka Miami.

Artikel Berkaitan: