Pahang Amazing Sky bakal rancakkan sektor pelancongan

Wan Rosdy (dari empat kanan) merasmikan Majlis Pelancaran Produk Pelancongan Astro-tourism – Pahang Amazing Sky di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Sri Pahang pada Khamis.
Wan Rosdy (dari empat kanan) merasmikan Majlis Pelancaran Produk Pelancongan Astro-tourism – Pahang Amazing Sky di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Sri Pahang pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Pahang memperkenalkan produk pelancongan terbaharu iaitu Astro-tourism bertemakan Pahang Amazing Sky kembali merancakkan sektor pelancongan dalam negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, konsep pelancongan itu dijangka menarik lebih ramai pelancong untuk melihat keindahan langit pada waktu malam daripada pencemaran cahaya.

Menurutnya, pemandangan indah langit yang dipenuhi bintang pasti akan mengembalikan nostalgia seperti zaman nenek moyang suatu ketika dahulu.

"Keistimewaan ini hanya ada di Pahang dan sudah pasti pelancongan lebih cenderung memilih destinasi ke negeri ini sama ada dari dalam mahupun luar negara,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Produk Pelancongan Astro-tourism – Pahang Amazing Sky di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Sri Pahang pada Khamis.