Polis tahan pemandu bas disyaki cabul murid sekolah

Nanda
Nanda
A
A
A

SEREMBAN - Polis menahan seorang pemandu bas sekolah pada Rabu selepas disyaki mencabul seorang murid perempuan berusia 11 tahun, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan pada jam 2 petang di Jalan Persiaran Utama, Seremban 2, di sini.

"Polis menahan lelaki terbabit selepas laporan dibuat seorang wanita berusia 40 tahun berkaitan kes cabul ke atas seorang murid perempuan tahun lima, hari ini (Rabu).

"Hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit mengaku dalam kes yang disiasat itu. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Sementara itu, di media sosial tular mengenai hantaran seorang lelaki yang berkongsi rasa tidak puas hati terhadap tindakan pemandu bas sekolah dinaiki anaknya yang disifatkan melampau.

Artikel Berkaitan: