KDN meterai 8 kontrak bernilai RM2.59 bilion

Upacara menandatangani kontrak yang berlansung di pameran DSA dan Natsec 2022 di Kuala Lumpur.
Upacara menandatangani kontrak yang berlansung di pameran DSA dan Natsec 2022 di Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memeterai lapan buah kontrak perolehan dan naik taraf aset keselamatan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2.59 bilion yang dianugerahkan kepada syarikat tempatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pemeteraian kontrak tersebut membuktikan komitmen KDN dalam agenda keselamatan nasional dan memastikan setiap aset sentiasa siap siaga.

“KDN sentiasa komited dalam meletakkan aspek keselamatan nasional sebagai agenda utama khususnya dalam perancangan perolehan bagi memastikan aset-aset keselamatan negara sentiasa berada dalam mod kesiapsiagaan yang tinggi.

“Antara kontrak-kontrak berimpak tinggi yang ditandatangani adalah Perolehan Peralatan Satelit X-Band Untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Projek Naik Taraf Sistem SWASLA untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) Untuk Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya.

Hamzah
Hamzah

Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas menyaksikan upacara menandatangani kontrak bersempena dengan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Antarabangsa (Natsec) Asia 2022 di sini pada Rabu.

Sementara itu, mengulas berkenaan isu keselamatan siber, Hamzah berkata, kerjasama antara semua negara perlu dipertingkatkan dalam usaha membanteras penjenayah siber daripada terus berleluasa.

“Bila saya kata kerjasama ini, bukan hanya dalam negara semata-mata, kerana dalam negara sudah terbukti dapat bekerjasama dengan semua agensi yang ada. Kita perlu bekerjasama dengan negara-negara luar.

Artikel Berkaitan:

“Saya katakan semalam semasa ucapan pembukaan bahawa bila kita nak lawan dengan penjenayah siber ini kita perlu kerjasama dari banyak negara dengan begitu rapat. Kadang-kadang (serangan siber) ia berlaku dari luar negara dan kalau tiada kerjasama susah untuk kita dapatkan maklumat,” ujarnya.