Rakyat Thailand masuk ke Malaysia perlu guna MySejahtera

Pintu sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian, Perlis.
Pintu sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian, Perlis.
A
A
A

PADANG BESAR - Bermula 1 April ini, rakyat Thailand yang ingin memasuki Malaysia perlu mendaftar dalam aplikasi MySejahtera, selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, kata Exco Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis, Ruzaini Rais.

"Daripada maklumat yang saya terima daripada pihak Jabatan Imigresen dan Jabatan Kesihatan negeri (JKNPs), pintu sempadan di Wang Kelian, Perlis hanya untuk kemasukan daripada rakyat Thailand,” katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di pintu sempadan Wang Kelian di sini pada Selasa.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Perlis akan membuat pemeriksaan suhu badan dan mengambil maklumat warga Thailand yang memasuki Malaysia.

"Hanya pelancong yang datang melancong lebih daripada lima hari sahaja dibenarkan masuk ke Malaysia,” katanya lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lepas mengumumkan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik dan membuka semula sempadan negara mulai 1 April. - Bernama

Artikel Berkaitan: