Kerajaan sedia ukur sempadan perairan Malaysia, Singapura

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri) meneliti Buku Laporan Tiga Tahunan 2015-2018 selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad Semenanjung Malaysia (UPUS) ke-21, hari ini. - Foto Berna
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri) meneliti Buku Laporan Tiga Tahunan 2015-2018 selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad Semenanjung Malaysia (UPUS) ke-21, hari ini. - Foto Berna
A
A
A
SHAH ALAM - Kerajaan bersedia mengukur sempadan perairan Malaysia dan Singapura bagi melihat sama ada benar kapal Malaysia menceroboh perairan republik itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita boleh ukur ia betul ke atau pun tidak, garisan mereka tu tak kena dan kita masih ada dalam kita punya own waters" kata Perdana Menteri secara ringkas selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Bhd (UPUS) kali ke-21 di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan mengatakan Singapura membantah rancangan Malaysia memperluaskan had pelabuhan di Johor Bharu dan menyifatkannya sebagai menceroboh perairan wilayah berkenaan.

Kementerian Pengangkutan Singapura berkata, pihaknya meminta Malaysia menarik semula cadangan untuk meluaskan pelabuhan sebagai mencerminkan kedaulatan Singapura berhubung perairan, sementara Malaysia mempertahankan diri daripada mengambil sebarang tindakan lanjut sebelah pihak.

Ia juga mendakwa kapal Malaysia turut melakukan pencerobohan ke dalam perairan wilayah republik itu sejak dua minggu lepas di luar Pantai Tuas, terletak di barat negaranya.- Bernama
Artikel Berkaitan: