Brighton catat kerugian musim 2020-2021

Brighton
Brighton
A
A
A

BRIGHTON & Hove Albion merekodkan kerugian sebanyak £53 juta (RM 292.97 juta) bagi musim 2020-2021.

Pada musim tersebut, akaun kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menunjukkan pengurangan kerugian £13.8 juta (RM 76.32 juta) daripada defisit £67.2 juta (RM371.64 juta) pada musim sebelumnya.

Bagi jumlah dagangan pula, Seagulls berjaya merekodkan peningkatan daripada £132.9 juta (RM735.04 juta) kepada £151.6m (RM 838.47 juta) naik 13.4 peratus berbanding musim 2019-2020.

Mengulas mengenai laporan kewangan Brighton, Ketua Eksekutif Brighton Paul Barber berkata, hampir separuh kerugian pasukannya berpunca akibat penularan Covid-19.

"Walaupun kami sekali lagi melaporkan kerugian, namun kami telah berjaya meningkatkan perolehan kelab dan mengurangkan jumlah kerugian.

“Angka-angka itu adalah bukti pendekatan berhati-hati diguna pakai oleh semua pihak di kelab bagi menyesuaikan diri dengan situasi global, dan kestabilan seperti yang disarankan oleh pengerusi pelaburan kewangan Tony Bloom.

"Perolehan hari perlawanan dan komersil telah dihapuskan untuk keseluruhan musim, selain kami menanggung pelbagai kos tambahan untuk menyediakan persekitaran selamat untuk pemain, pegawai, kakitangan dan peminat.

"Bagaimanapun, kami bersyukur dapat bangkit daripada tempoh yang tidak menentu itu, dan kami berharap kami boleh bergerak ke hadapan dengan lebih baik selepas ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod Brighton, yang dinaikkan pangkat ke EPL pada 2017, menduduki tempat ke-16 pada musim lalu, dibezakan 13 mata dengan zon penyingkiran.

Bagaimanapun bagi musim ini, skuad kendalian Graham Potter Seagulls kini berada di tangga ke-13 selepas enam kekalahan liga berturut-turut dan akan menerima kunjungan kelab tercorot Norwich pada Sabtu.