Madinah Al-Salam rancakkan ekonomi Kelantan

Ahmad (duduk tengah) mengendalikan jengkaut sebagai simbolik kepada perasmian Majlis Pecah Tanah Pembangunan Madinah Al- Salam di Tiong, Kota Bharu, pada Isnin.
Ahmad (duduk tengah) mengendalikan jengkaut sebagai simbolik kepada perasmian Majlis Pecah Tanah Pembangunan Madinah Al- Salam di Tiong, Kota Bharu, pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Pembangunan bandar islamik Madinah Al-Salam yang bernilai RM80 juta di Tiong di sini dijangka merancakkan lagi perkembangan ekonomi rakyat Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, projek pembangunan yang turut mengetengahkan konsep bandar hijau dan bandar pintar itu akan dibina di kawasan seluas 47 hektar di sini.

Menurutnya, projek yang termasuk di dalam pelan strategik Kelantan Melangkah ke Hadapan dalam tempoh 2016 hingga 2025 itu memberi pendekatan utama terhadap peningkatan sosioekonomi menerusi pembangunan bandar oleh kerajaan negeri.

“Inisiatif mewujudkan bandar baharu seperti Tunjong dan Tok Bali terbukti menjadi pelaburan berpotensi tinggi serta peluang ekonomi baharu kepada rakyat termasuk dalam sektor perkhidmatan, perniagaan dan ekopelancongan

“Madinah Al-Salam menjadi model fizikal dasar Membangun Bersama Islam yang dipamerkan menerusi komponen-komponen dibangunkan seperti masjid, Wisma Al-Salam, dewan serbaguna, kompleks sukan renang dan perumahan dengan sistem keselamatan yang canggih,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Majlis Pecah Tanah Pembangunan Madinah Al- Salam di Tiong pada Isnin.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, komponen pembangunan yang turut dicadangkan di Madinah Al-Salam ialah kolam takungan sebagai alternatif menyelesaikan masalah banjir.

“Pada masa sama, kolam takungan itu akan berfungsi sebagai kawasan rekreasi ke arah melestarikan gaya hidup sihat.

Artikel Berkaitan:

“Konsep pembangunan bercampur ini juga bersesuaian dengan setiap lapisan masyarakat menerusi penetapan harga munasabah serta mampu milik terutama kepada golongan B40,” katanya.