Kerajaan pastikan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura lancar

Onn Hafiz (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Task Force Persediaan Pembukaan Sempadan di Kota Iskandar, Iskandar Puteri pada Ahad
Onn Hafiz (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Task Force Persediaan Pembukaan Sempadan di Kota Iskandar, Iskandar Puteri pada Ahad
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor dibantu kerajaan Pusat sedang membuat persediaan rapi supaya pembukaan sempadan Malaysia-Singapura berjalan lancar mulai 1 April ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, satu 'Task Force' Persediaan Pembukaan Sempadan diwujudkan bagi tujuan itu.

"Saya telah mempengerusikan Mesyuarat 'Task Force' Persediaan Pembukaan Sempadan dan akan terus memantau kesiapsiagaan kita.

"Terima kasih kepada semua pihak dan agensi yang terus bertungkus lumus bagi menjayakan pembukaan sempadan ini. Semoga segala urusan kita dipermudahkan," katanya menerusi status terbaharu dalam Facebook miliknya, pada Ahad.

Pada Jumaat, Malaysia dan Singapura mencapai kata sepakat dengan membenarkan semua pengembara yang telah lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian Covid-19, termasuk ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan.

Pejabat Perdana Menteri Malaysia dan Singapura menerusi kenyataan bersama-sama memaklumkan, perkara itu terpakai ke atas semua kategori pengembara dan jenis pengangkutan darat.

Artikel Berkaitan: