Remaja maut motosikal terbabas

Keadaan mangsa yang tersangkut antara besi penghadang jalan dan pokok selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Krubong Tampoi pada Sabtu.
Keadaan mangsa yang tersangkut antara besi penghadang jalan dan pokok selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Krubong Tampoi pada Sabtu.
A
A
A

MELAKA - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Krubong Tampoi di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian lebih kurang jam 10.35 pagi itu, mangsa, Firdaus Shah Zainal,18, dipercayai dalam perjalanan menghala ke lampu isyarat Jalan Perindustrian Krubong-Tampoi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, setiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas dengan sendiri dan melanggar penghadang besi sebelah kiri jalan.

"Setelah terbabas, mangsa didapati terpelanting serta tersangkut di antara penghadang besi dan pokok di tepi jalan.

"Mangsa yang mengalami cedera parah akibat kemalangan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat yang akan dijadualkan pada Ahad selepas keputusan ujian Covid-18 diterima.

"Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan manakala motosikal mangsa akan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom)," katanya.

Artikel Berkaitan: