RUU larangan merokok bakal dibentang di Parlimen Julai ini

(Dari kanan) Khairy Jamaluddin dan Dr Chee Keong ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran MyCHAMPION Peringkat Kebangsaan, di sini pada Sabtu.
(Dari kanan) Khairy Jamaluddin dan Dr Chee Keong ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran MyCHAMPION Peringkat Kebangsaan, di sini pada Sabtu.
A
A
A

SEPANG - Rang undang-undang larangan merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005 bakal dibentangkan di Parlimen Julai ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, rang undang-undang berkenaan sedang dimuktamadkan oleh peguam negara dan dijangka selesai dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

“Insya-ALLAH akan (dibentang) sesi yang akan datang iaitu Julai.

“Rang undang-undang tersebut sedang dimuktamadkan oleh peguam negara dan saya rasa dalam tempoh seminggu dua ini dah selesai.

“(Kemudian) saya akan bawa ke Parlimen dahulu untuk saya bentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan dan Teknologi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran MyCHAMPION Peringkat Kebangsaan, di sini pada Sabtu.

Hadir sama Pengarah Bersama Pasukan Pengurusan Projek Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF), Datuk Dr Chong Chee Keong.

Sebelum ini Khairy telah mengumumkan pengenalan akta tersebut bertujuan mengurangkan keterdedahan generasi akan datang terhadap rokok dan produk tembakau kerana pengambilannya adalah faktor utama kejadian kanser dan menyumbang 22 peratus kematian akibat kanser.

Artikel Berkaitan: