RUU Kawalan Produk Merokok libatkan rokok konvensional dahulu

Kelvin (tengah) memberi ucapan di Pejabat Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) di sini.
Kelvin (tengah) memberi ucapan di Pejabat Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) di sini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan akan melibatkan larangan jualan rokok konvensional terlebih dahulu kepada generasi penamat merokok (GEG) sekiranya berjaya diluluskan.

"Bagi rokok elektronik seperti vape, kita akan memfokuskan terlebih dahulu dari segi memberikan pendidikan. Jadi, tiada kompaun akan dikenakan terhadap mereka," kata Penasihat Menteri Kesihatan, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.

Beliau berkata demikian semasa program Taklimat Kawal Selia Produk Merokok Kepada Badan Bukan Kerajaan dan Badan Professional pada Rabu di sini.

Ujar Ahli Parlimen Kuching itu, beberapa penelitian akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi menilai pro dan kontra produk tersebut dan hasilnya dibentangkan pada sebelum Januari 2025.

RUU tersebut merupakan usaha bagi kerajaan untuk mewujudkan Dasar Generasi Penamat (GEG) bagi golongan yang lahir pada 1 Januari 2007.

Ia dijadual dibaca buat kali pertama pada 12 Jun ini, dalam sidang Dewan Rakyat.

RUU berkenaan akan melibatkan kawalan daripada beberapa aspek termasuk pendaftaran, pengiklanan, pembungkusan dan penjualan produk rokok.