RM7.7 bilion untuk tebatan banjir

Amirudin (dua dari kanan) menemui peniaga pasar basah di Pasar PJKITA @ Sri Damansara pada Jumaat.
Amirudin (dua dari kanan) menemui peniaga pasar basah di Pasar PJKITA @ Sri Damansara pada Jumaat.
A
A
A

PETALING JAYA - Kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM7.7 bilion bagi menjayakan projek tebatan banjir di Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek tersebut akan dimulakan dengan proses mendalamkan Sungai Klang dan kerja-kerja akan bermula dalam masa terdekat.

Menurut beliau, ia juga sebahagian daripada projek pembangunan Sungai Klang seperti yang dibentang pada program pemukiman yang lepas.

“Sebahagian kos akan dibiayai oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI),” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Pasar PJKITA @ Sri Damansara di Bandar Sri Damansara pada Jumaat.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan MD Amir.

Pada Disember tahun lalu, Amirudin memaklumkan sebanyak RM60 juta akan diperuntuk tahun ini bagi melaksanakan pembangunan tebatan banjir sebagai langkah jangka panjang mengatasi masalah itu.

Jumlah itu menyamai peruntukan pada 2020 namun perbelanjaan tahun berkenaan hanya membabitkan dana antara RM40 hingga RM45 juta susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Artikel Berkaitan: