Datuk antara sembilan individu direman bantu siasatan kes rasuah

Kesemua suspek dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret, Putrajaya pada Khamis.
Kesemua suspek dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret, Putrajaya pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki bergelar Datuk antara sembilan individu direman bagi membantu siasatan berhubung projek berjumlah RM85 juta membabitkan sebuah institut berkaitan automotif di negara ini, pada Khamis.

Kesemua individu termasuk seorang wanita itu sebelum ini ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, pada Rabu.

Perintah reman antara tiga hingga enam hari itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim terhadap kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 34 hingga 58 tahun di Mahkamah Majistret di Putrajaya, pada Khamis.

Menurut sumber, empat daripada sembilan suspek yang ditahan merupakan pemilik syarikat manakala suspek-suspek yang lain merupakan seorang penasihat perubatan, akauntan, pengarah syarikat, ketua eksekutif dan ketua pegawai operasi.

"Dua suspek lelaki yang direman selama enam hari itu dipercayai telah meminta dan menerima suapan lebih RM14.9 juta daripada tiga lagi suspek sebagai balasan bagi membantu syarikat milik mereka mendapat geran menerusi tiga syarikat lain antara tahun 2018 hingga 2020," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai yang dihubungi mengesahkan tangkapan dan perintah reman tersebut.

Beliau berkata, kesemua individu tersebut ditahan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: