Kerajaan negeri mahu wujud sistem kemasukan pelajar ke IPT Melaka

Rais (dua dari kiri) menyaksikan sesi menandatangani CoC antara Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Melaka pada Khamis.
Rais (dua dari kiri) menyaksikan sesi menandatangani CoC antara Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Melaka pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri sedang membangunkan sistem lebih efisien bagi membolehkan pelajar-pelajar membuat permohonan untuk menyambung pengajian di institut pengajian tinggi di negeri ini seperti Universiti Melaka (UniMEL).

Exco Pendidikan dan Teknologi, Datuk Rais Yasin, berkata, sistem permohonan kemasukan pelajar Melaka UPUOnline merupakan satu sistem baharu yang pertama diwujudkan oleh kerajaan negeri dan akan bekerjasama dengan institut-institut pengajian tinggi (IPT) lain termasuk swasta di Melaka.

Bagaimanapun katanya, sistem ini tidak akan menganggu sistem UPU yang sedia ada di peringkat persekutuan bagi kemasukan ke IPT dan universiti tempatan.

"Ini adalah sistem kemasukan pelajar khas untuk IPT di Melaka dan terbuka kepada mana-mana pelajar.

"UniMEL salah satu 'anchor' dalam sistem UPU itu, namun kita menggalakkan lebih ramai pelajar untuk mendaftar dan mengambil peluang nanti.

"Kita jangka dalam hujung tahun ini akan disiapkan, dan kita juga akan pastikan segala proses diambil kira sebelum dilancarkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan dan menyaksikan majlis menandatangani Sijil Kolaborasi (CoC) Jalinan Kerjasama Rakan Strategik antara Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu dengan institusi-institusi pendidikan negeri di Durian Daun, di sini, pada Khamis.

Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput berkata, jalinan kerjasama antara institusi pastinya dapat memberikan nilai tambah sama ada dari segi kewangan, latihan mahupun kursus yang mampu meningkatkan tahap kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan itu sendiri mahupun warganya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, menerusi CoC juga dapat memberikan perkongsian latihan serta kursus dalam pembangunan insaniah, pedagogi pengajaran dan pembelajaran terkini kepada pensyarah dan tidak ketinggalan juga mahasiswa.

"Ini satu peluang yang perlu direbut oleh mana-mana institusi pendidikan sama ada kecil atau besar mencari rakan kerjasam bagi mengoptimumkan kepakaran yang ada," katanya.