Cubaan seludup 850kg minyak masak gagal

KPDNHEP Kelantan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 850 kg minyak masak peket bersubsidi ke negara jiran selepas menyerbu sebuah premis di Chabang Empat, Tumpat pada Rabu.
KPDNHEP Kelantan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 850 kg minyak masak peket bersubsidi ke negara jiran selepas menyerbu sebuah premis di Chabang Empat, Tumpat pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 850 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi ke negara jiran selepas menyerbu sebuah premis di Chabang Empat, Tumpat dekat sini pada Rabu.

Dalam serbuan jam 4.48 petang, KPDNHEP Kelantan juga menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan sebanyak 480 kg gula pasir yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran turut ditemui.

"Nilai keseluruhan rampasan kedua-dua barangan itu dianggarkan berjumlah RM3,635," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Menurutnya, KPDNHEP Kelantan tidak menolak kemungkinan stor berkenaan dijadikan sebagai transit awal sebelum diseludup ke negara jiran.

Beliau berkata, siasatan lanjut akan dijalankan sekiranya wujud elemen penyeludupan kerana barang kawalan tersebut tidak disimpan di alamat yang dilesenkan.

"Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Artikel Berkaitan: