Warga Thailand didenda kutip derma tanpa kebenaran

A-dam Meleeming
A-dam Meleeming
A
A
A

BESUT- Seorang warga Thailand yang mengutip derma tanpa kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Besut hari ini.

Hakim Syarie Mat Ropi Busu turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan sekiranya tertuduh Mr A-dam Meleeming, 21, yang berasal dari Selatan Thailand itu gagal menjelaskan denda berkenaan.

Tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 90 (5) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001 kerana menjalankan aktiviti pungutan derma tanpa kebenaran daripada Maidam yang sabit kesalahan boleh dihukum disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, sepasukan pegawai penguat kuasa syariah daerah Besut yang menjalankan pemeriksaan di hadapan sebuah bank di bandar Jertih kira-kira jam 12 tengah hari pada Rabu lepas telah melihat lelaki tersebut sedang membuat pungutan derma.

Sejurus dihampiri dan bertanyakan tujuan berada di situ, tertuduh memaklumkan mahu membuat pungutan derma bagi disalurkan kepada pungutan derma yang kononnya untuk pembinaan Maahad Tahfizul Quran, Kg Wakaf Zain, Tawang, Bachok, Kelantan.

Bagaimanapun, dia gagal mengemukakan surat kebenaran memungut derma dan hasil soal siasat, mereka membuat pungutan tanpa kebenaran sebelum lelaki ditahan dan dibawa ke Pejabat Agama daerah Besut untuk siasatan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Mohd Azlam bin Md Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam hanya mengangguk tanda faham ketika pertuduhan yang dibacakan di hadapan Mat Ropi.

Artikel Berkaitan: