Kakitangan MPKB-BRI terima pendedahan kepentingan lapor rasuah

Seramai 39 kakitangan MPKB-BRI diberi pendedahan oleh SPRM mengenai kewajipan untuk melaporkan jenayah rasuah pada Isnin.
Seramai 39 kakitangan MPKB-BRI diberi pendedahan oleh SPRM mengenai kewajipan untuk melaporkan jenayah rasuah pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 39 pegawai daripada kumpulan pengurusan dan profesional Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menerima pendedahan mengenai kewajipan untuk melaporkan jenayah rasuah.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf berkata, amat penting untuk menjauhi rasuah malahan adalah wajar juga untuk melaporkan kegiatan kolar putih dalam usaha mengekalkan imej yang bersih.

“Dalam usaha membasmi jenayah rasuah, integriti amat penting untuk diamalkan dalam penugasan seharian.

“Sesiapa juga mempunyai kewajipan untuk melapor kesalahan berhubung dengan jenayah rasuah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, pendedahan kepada kakitangan MPKB-BRI berkaitan kesalahan jenayah rasuah dilakukan menerusi Program Bicara Intergriti bersama penceramah Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Wan Siti Junaida Ismail di sini pada Isnin.

“Program ini dianjurkan oleh Bank Muamalat bersama MPKB-BRI yang bertujuan memberi penerangan berkaitan kesalahan rasuah mengikut Akta SPRM 2009.

“Juga kewajipan melaporkan jenayah rasuah mengikut Seksyen 25 Akta SPRM 2009 dan Akta Perlindungan Saksi 2009 serta Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010,” katanya.

Artikel Berkaitan: