Marquez alami diplopia

Marquez
Marquez
A
A
A

JUARA MotoGP enam kali, Marc Marquez mengesahkan sekali lagi disahkan menghidap masalah diplopia (masalah melihat imej berganda) selepas terlibat dalam kemalangan yang menyaksikan dia terkeluar daripada saingan Grand Prix (GP) Indonesia.

Bagaimanapun, pelumba berusia 29 tahun itu menjelaskan, penyakit yang dialaminya itu tidaklah seteruk seperti yang dialami sebelum ini sambil memberitahu dia tidak pasti bila akan kembali ke litar perlumbaan.

“Nampaknya seperti saya mengalami 'dejavu'. Dalam perjalanan pulang ke Sepanyol, saya mula tidak berasa selesa dengan penglihatan saya.

"Saya bertemu Dr Sanchez Dalmau dan beliau mengesahkan saya sekali lagi berdepan masalah diplopia.

"Nasib baik, ia kurang teruk daripada kecederaan yang dialami di penghujung tahun lalu tetapi kini saya perlu berehat dan lihat sejauh mana tahap kecederaan ini," katanya dalam satu ciapan di laman Twitternya pada Selasa.

Sebelum ini, pelumba kelahiran Sepanyol itu terjatuh di selekoh 7 ketika sesi pemanas badan bagi perlumbaan di Litar Mandalika dan terus dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan mendapati, Pelumba Repsol Honda itu mengalami gegaran otak sekali gus menyaksikan dia tidak beraksi dalam GP Indonesia yang diadakan buat kali pertama sejak tahun 1997.

Artikel Berkaitan: