Bomoh hujan MotoGP digesa bertaubat

Bomoh hujan, Rara Istiani Wulandari. - Agensi
Bomoh hujan, Rara Istiani Wulandari. - Agensi
A
A
A

JAKARTA - Bomoh hujan, Rara Istiani Wulandari yang 'berusaha' mengalih hujan semasa berlangsungnya MotoGP Mandalika 2022 yang tular di media sosial digesa supaya insaf dan bertaubat.

Namun, ramai netizen memuji aksi bomoh itu yang dikenali sebagai Mbak Rara manakala ada juga yang mengecamnya dan dianggap memalukan Indonesia.

Suara.com melaporkan, aksi beliau kini menjadi perbincangan dalam kalangan netizen sehingga turut menjadi trending di Twitter.

Malah, aksi memegang sebiji mangkuk dan mengetuknya juga ditiru pelumba MotoGP sebelum perlumbaan berlangsung yang kini juga tular di media sosial.

Namun, usaha bersungguh-sungguh Rara mengalihkan hujan dilihat menemui kegagalan apabila hujan masih membasahi litar tersebut.

Tersentak insiden itu, segelintir ciapan di media sosial menganggap perbuatan karut itu sebagai memalukan selain menyuruhnya supaya bertaubat. - Agensi

Artikel Berkaitan: