Gaduh di gelanggang futsal berpunca kekasaran pemain

Dua kumpulan yang bermain futsal di gelanggang berkenaan bergaduh dan video tular di media sosial.
Dua kumpulan yang bermain futsal di gelanggang berkenaan bergaduh dan video tular di media sosial.
A
A
A

TUARAN - Kejadian pergaduhan melibatkan dua kumpulan di sebuah gelanggang futsal dipercayai berpunca daripada kekasaran pemain ketika perlawanan persahabatan berlangsung di pusat sukan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, kejadian pergaduhan itu berlaku kira-kira jam 8 malam Khamis lalu dan videonya tular di Facebook baru-baru ini.

"Pihak polis telah pergi ke lokasi dan bertemu dengan penjaga yang ditugaskan menjaga gelanggang berkenaan dan memaklumkan ketika perlawanan antara dua pasukan berlaku pergaduhan.

"Ia berpunca dari kekasaran pemain semasa perlawanan persahabatan berlangsung dan hanya berlaku dalam gelanggang. Selepas pergaduhan kira-kira 22 saat seperti dalam rakaman, pergaduhan berjaya dileraikan dan permainan futsal diteruskan seperti biasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya lagi, sehingga kini tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak.

Sehubungan itu, pihak polis telah menasihatkan kepada pemilik dan pekerja yang menjaga pusat berkenaan untuk tampil ke balai polis untuk membuat laporan.

Mohd Hamizi dalam pada itu turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan rakaman yang boleh menjatuhkan maruah orang lain dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: