PDRM sah kejadian kekasaran di depan balai polis

Tangkap layar di laman media sosial menyaksikan seorang individu dikasari di hadapan balai polis di sebuah negeri di pantai timur.
Tangkap layar di laman media sosial menyaksikan seorang individu dikasari di hadapan balai polis di sebuah negeri di pantai timur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan berlaku satu kejadian kekasaran di hadapan pintu masuk sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada malam Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, insiden tersebut berlaku di sebuah negeri di pantai timur.

Beliau berkata, PDRM masih melakukan siasatan dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

"Video yang kita lihat itu adalah sebahagian sahaja daripada kejadian yang berlaku.

"Mungkin ada kejadian sebelum itu termasuk perbuatan provokasi atau sebagainya.

"Saya tidak boleh memberi komen lanjut kerana siasatan masih dijalankan," katanya dalam sidang akhbar pada Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas melawat proses pembuangan undi dan beramah mesra bersama petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate, dekat sini.

Tular satu video berdurasi 14 saat memaparkan kejadian seorang penunggang motosikal bersama bendera parti di badan dikasari dua individu di hadapan sebuah balai polis.

Artikel Berkaitan:

Video itu turut menunjukkan lelaki di atas motosikal ditumbuk oleh seorang individu, manakala seorang lagi menyeretnya turun dari motosikal dan dibawa menuju ke dalam pekarangan balai.

Malah seorang lagi individu bertindak menaiki dan membawa motosikal mangsa ke balai.