Piala FA: Manchester City lepasi ranjau Southampton

Sterling meraikan jaringan bersama para pemain Manchester City ketika bertandang ke St Mary's dalam aksi kelompok lapan terbaik Piala FA.
Sterling meraikan jaringan bersama para pemain Manchester City ketika bertandang ke St Mary's dalam aksi kelompok lapan terbaik Piala FA.
A
A
A

PENDAHULU Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City mempamerkan kebangkitan luar biasa pada babak kedua untuk menyingkirkan Southampton 4-1 dalam perlawanan kelompok lapan terbaik Piala FA pada Isnin.

Manchester City yang tampil dengan misi memburu kejuaraan treble bermula garang di Stadium St Mary's apabila mendahului menerusi Raheem Sterling pada minit ke-12 sebelum gol sendiri Aymeric Laporte (46') mengembalikan semula The Saints pimpinan Ralph Hasenhüttl ke dalam permainan sebelum rehat.

Skuad asuhan Pep Guardiola kembali di depan pada babak kedua selepas Kevin De Bruyne menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-62' selepas Gabriel Jesus dikasari Mohammed Salisu.

Jaringan itu ternyata menyuntik semangat para pemain The Citizens apabila menghadirkan dua lagi gol jaringan menerusi Phil Foden (75') diikuti Riyad Mahrez (78') sekali gus mengesahkan slot empat terbaik kejuaraan yang menjamin slot ke Eropah musim depan.

“Southampton ternyata memberikan intensiti luar biasa kepada para pemain Manchester City, namun gol yang kami bolos berpunca akibat terdapat pemain yang lupa cara bermain bola sepak.

“Sebenarnya ia bukanlah satu kemenangan yang selesa, namun sekarang kami memasuki fasa rehat antarabangsa, ada dua bulan lagi dalam musim ini dan kami berada dalam tiga pertandingan - separuh akhir Piala FA, suku akhir Liga Juara-Juara dan teratas saingan Liga Perdana Inggeris.

"Kami tahu setiap perlawanan merupakan perlawanan akhir, malah adalah amat penting untuk pasukan tidak tewas hari ini," kata Guardiola.

Artikel Berkaitan: