Hakim Danish cemerlang gegar Lombok

Hakim Danish
Hakim Danish
A
A
A

PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli sekali lagi tampil cemerlang apabila menjuarai Perlumbaan 2 Pusingan 2 Asia Talent Cup (ATC) 2022 di Litar Mandalika, Lombok, Indonesia pada Ahad.

Bermula di petak kedua, Hakim Danish yang menjuarai Perlumbaan 1 pada Sabtu mempamerkan tunggangan konsisten apabila menjadi pelumba pertama tiba di garisan penamat dengan catatan masa 28'06.916 saat (s).

Tempat kedua menjadi milik pelumba dari Jepun, Gun Mie - ketinggalan 0.272s di belakang Hakim Danish manakala rakan senegaranya, Shinya Ezawa mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga dengan perbezaan 1.488s.

Dengan pencapaian muncul juara dalam dua perlumbaan setakat ini, Hakim Danish, 15, muncul pendahulu keseluruhan apabila mengumpul 72 mata.

Seorang lagi pelumba negara, Farish Hafiy menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13 dan menduduki tangga kesembilan keseluruhan.

Pada Sabtu, Hakim Danish muncul juara selepas merakamkan masa 28'8.357s bagi meninggalkan Ezawa di tempat kedua (28:24.034s) dan pelumba Indonesia, Reykat Fadillah di tangga ketiga (28:24.226s).

Artikel Berkaitan: