Terengganu Inc taja Hakim Danish

Burhanuddin (tengah) meletakkan keyakinan tinggi terhadap potensi Hakim Danish pada Kejohanan Red Bull MotoGP Rookies Cup dan ETC bagi musim ini.
Burhanuddin (tengah) meletakkan keyakinan tinggi terhadap potensi Hakim Danish pada Kejohanan Red Bull MotoGP Rookies Cup dan ETC bagi musim ini.
A
A
A

ZK Racing mengumumkan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) menaja pelumba cilik dari Terengganu, Muhammad Hakim Danish Ramli pada Kejohanan Red Bull MotoGP Rookies Cup dan Kejuaraan European Talent Cup (ETC) bagi musim ini.

ZK Racing menerusi kenyataan memaklumkan penajaan terhadap pelumba berusia 15 tahun itu bertujuan membantu perkembangan Hakim Danish dalam arena sukan permotoran.

“Dengan penajaan dan sokongan ini, kita dapat terus memastikan Hakim Danish kekal kompetitif dan berdaya saing dalam mengecapi impian beliau,” menurut kenyataan itu.

 Hakim Danish
Hakim Danish

Sementara itu, Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun meletakkan keyakinan terhadap potensi dan keazaman yang ada dalam diri pelumba kelahiran Terengganu itu.

“Kejayaannya akan membawa kebaikan kepada nama Terengganu dan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Hakim Danish melahirkan rasa syukur di atas penajaan itu dan berazam akan memberikan yang terbaik dari segi prestasi untuk melangkah lebih tinggi dan berjaya dalam kariernya.

Red Bull MotoGP Rookies Cup ialah siri perlumbaan motosikal yang dipertandingkan bagi penunggang muda tidak berpengalaman dalam Grand Prix motosikal.