Warisan sedia bekerjasama semua parti

Mohd Shafie ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan, di Ibu Pejabat Warisan, Kolombong, Kota Kinabalu pada Sabtu.
Mohd Shafie ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan, di Ibu Pejabat Warisan, Kolombong, Kota Kinabalu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Parti Warisan (Warisan) terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang kini dianggotai empat parti selepas didaftarkan secara rasmi baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, bagaimanapun Warisan perlu melihat kesesuaian bagi mengukuhkan parti itu.

"Apa yang penting, kita meneliti secara mendalam dan memperkuatkan kedudukan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan, di Ibu Pejabat Warisan, di Kolombong, di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kesediaan parti berkenaan untuk bekerjasama dengan GRS yang ketika ini tidak dianggotai secara rasmi oleh Barisan Nasional.

Mengulas lanjut, beliau menyedari Warisan tidak boleh bersendirian untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) dan memerlukan kerjasama dengan parti lain seperti yang dilakukan Sarawak.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Semporna itu memberitahu, Warisan bersedia berhadapan dengan PRU yang dijangka diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Artikel Berkaitan: