PPM rampas 1,300 karton rokok putih seludup ditinggal dalam dua kereta

PPM Wilayah Tiga Rokok berjaya menemukan sebanyak 1,300 karton rokok putih seludup di dalam dua buah kereta yang ditinggalkan di tapak Masjid Kampung Belukar, Pengkalan Kubor, awal pagi Jumaat.
PPM Wilayah Tiga Rokok berjaya menemukan sebanyak 1,300 karton rokok putih seludup di dalam dua buah kereta yang ditinggalkan di tapak Masjid Kampung Belukar, Pengkalan Kubor, awal pagi Jumaat.
A
A
A

TUMPAT – Sebanyak 1,300 karton rokok putih seludup bernilai RM195,000 ditemukan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga di dalam dua buah kereta yang ditinggalkan di tapak Masjid Kampung Belukar, Pengkalan Kubor, awal pagi Jumaat.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, dalam penemuan jam 2.30 pagi itu, pihaknya berjaya mengesan dua kereta berkenaan yang ditinggalkan di kawasan tersebut.

Katanya, selepas melakukan pemantauan selama dua jam, namun tiada sebarang aktiviti atau pergerakan individu berlaku dan anggota terbabit kemudian melakukan pemeriksaan terhadap dua kenderaan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua kereta tersebut berisi muatan kotak-kotak mengandungi 260,000 batang rokok putih yang belum diluluskan cukai kastam.

"Kami menunggu hampir 30 minit lagi, namun tiada sesiapa tampil mengaku sebagai pemilik kenderaan dan barang kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan: