Aski Everton bertemu Newcastle terganggu gara-gara tunjuk perasaan

Seorang pemuda yang memakai baju oren dengan perkataan 'Just Stop Oil' berjaya ditahan pegawai bertugas. -Foto Getty Images
Seorang pemuda yang memakai baju oren dengan perkataan 'Just Stop Oil' berjaya ditahan pegawai bertugas. -Foto Getty Images
A
A
A

ANKARA - Perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Everton dan Newcastle United pada Khamis terpaksa dihentikan seketika gara-gara insiden tunjuk perasaan.

Seorang pemuda yang memakai baju oren dengan perkataan 'Just Stop Oil' bertindak menceroboh padang bola dan mengikat lehernya pada tiang gol menggunakan pengikat kabel ketika minit ke-49 perlawanan, lapor Agensi Anadolu.

Perlawanan disambung semula lapan minit kemudian selepas kabel itu berjaya dipotong.

Seorang lagi penunjuk perasaan dari kumpulan sama cuba melakukan aksi serupa ketika perlawanan Liverpool menentang Arsenal pada Rabu tetapi berjaya dihalang pegawai bertugas.

Kumpulan penunjuk perasaan yang digelar 'Just Stop Oil' membantah penerokaan bahan api fosil baharu United Kingdom di Laut Utara.

Everton, berjaya menewaskan Newcastle United 1-0 hasil jaringan lewat Alex Iwobi ketika waktu kecederaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: