X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

JHEAINPP rangka SOP baharu solat jemaah

SOP baharu berhubung solat jemaah di masjid dan surau di Pulau Pinang akan dikeluarkan tidak lama lagi.
A
A

GEORGETOWN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) yang baharu berhubung solat jemaah di masjid dan surau.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, SOP itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat untuk dipatuhi oleh semua pihak.

Menurutnya, SOP baharu itu akan dilaksanakan dengan mengambil kira perkembangan terkini berkaitan Covid-19.

"SOP baharu ini bagi mengambil kira perkembangan langkah menangani Covid-19 selaras fasa endemik.

"Ia sedang didrafkan oleh JHEAINPP bersama agensi berkaitan. Kita akan keluarkannya (SOP) tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Pada Khamis, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengumumkan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal dibenarkan di semua surau dan masjid di Wilayah Persekutuan selaras dengan negara memasuki fasa peralihan endemik pada 1 April ini.

Kebenaran merapatkan saf itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan serta SOP bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bermula 1 April ini, aktiviti solat jemaah di masjid dan surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas Malaysia diumumkan akan memasuki fasa peralihan ke endemik bermula bulan hadapan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!