195 perokok tegar kena kompaun

Seorang pelanggan dikenakan kompaun atas kesalahan merokok dalam satu operasi yang dijalankan di sebuah pusat makanan di Ipoh, pada Selasa lepas.
Seorang pelanggan dikenakan kompaun atas kesalahan merokok dalam satu operasi yang dijalankan di sebuah pusat makanan di Ipoh, pada Selasa lepas.
A
A
A

IPOH - Sejumlah 195 notis kesalahan membabitkan nilai kompaun RM49,750 dikeluarkan kepada perokok tegar dalam operasi penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam di seluruh daerah Kinta.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, notis terbabit dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (2004) menerusi operasi tiga hari bermula Selasa lepas.

Menurutnya, kebanyakan perokok yang dikenakan kompaun memberi pelbagai alasan tidak munasabah termasuklah menganggap larangan merokok di premis awam tidak lagi dikuatkuasakan.

"Kebanyakan mereka yang kita temui mengatakan tidak mengetahui, seolah-olah larangan merokok dalam kawasan premis makanan itu sudah tamat masa, ketika pemerintahan dahulu sedangkan akta yang ada kekal sehingga sekarang.

"Jadi ini bukanlah satu alasan yang yang baik dan munasabah, anggapan bahawa isu larangan sudah dihentikan dan tidak lagi dikuatkuasakan adalah lebih kepada hanya satu alasan sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Operasi Penguatkuasaan Larangan Merokok di Pejabat JKN Perak di sini pada Khamis.

Lay Ming (duduk, kanan) bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar pada Khamis.
Lay Ming (duduk, kanan) bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar pada Khamis.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ummi Kalthom Shamsudin dan Ketua Cawangan Inspektorat dan Perundangan Negeri JKN Perak, Ahmad Fakurazi Abu Bakar.

Artikel Berkaitan:

Dalam operasi diketuai Cawangan Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) itu, sebanyak 536 premis telah diperiksa melibatkan restoran, stesen minyak, kawasan rehat dan rawat, bangunan kerajaan serta pasar raya.

Lay Ming berkata, dalam operasi sama, turut dikeluarkan 74 notis di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) membabitkan pengendali makanan di premis makanan.

Katanya, notis dengan nilai kompaun RM7,550 itu dikeluarkan atas kesalahan tidak mematuhi kehendak pakaian dan kebersihan pengendali makanan.

"Terdapat juga kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dikesan membabitkan pelanggaran terhadap prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 4.

"Antaranya tidak memakai pelitup muka di tempat awam, tidak mengimbas MySejahtera ketika memasuki premis dengan 46 kesalahan melibatkan nilai kompaun RM46,000," katanya.