123 individu dikompaun merokok di tempat awam

Penguatkuasa JKN Melaka mengeluarkan notis terhadap individu yang merokok di tempat awam.
Penguatkuasa JKN Melaka mengeluarkan notis terhadap individu yang merokok di tempat awam.
A
A
A

MELAKA - Sebanyak 150 notis bernilai RM41,250 dikeluarkan atas kesalahan merokok di tempat awam hasil operasi penguatkuasaan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka sekitar Daerah Melaka Tengah, di sini pada malam Khamis.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Ngwe Hee Sem berkata, daripada jumlah itu, seraami 123 perokok diberikan notis mengikut Peraturan 11(1) (d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Menurutnya, operasi bermula Khamis dan Jumaat itu turut mengeluarkan lima notis berjumlah RM500 kepada pekedai mengikut Peraturan 14(1) PPKHT 2004 kerana gagal mempamerkan tanda larangan jualan hasil tembakau kepada individu di bawah umur 18 tahun.

Selain itu katanya, sebanyak 11 notis turut dikeluarkan kepada pemilik premis di bawah peraturan 12 PPKHT 2004 kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok.

"Sebanyak 80 premis perniagaan membabitkan kedai makan, restoran, gerai, dan kedai jualan vape telah diperiksa dalam operasi yang disertai seramai 45 anggota," katanya.



Beliu berkata demikian ketika sidang akhbar selepas operasi Ops Mega Bersepadu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT), di sekitar Bukit Beruang, di sini pada malam Khamis. Hadir sama, Pengarah JKN Melaka, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman.

Dr Rusdi (kiri) dan Hee Sem (dua dari kiri) melihat papan tanda larangan merokok di sebuah gerai makan dalam keadaan daif ketika operasi tersebut.
Dr Rusdi (kiri) dan Hee Sem (dua dari kiri) melihat papan tanda larangan merokok di sebuah gerai makan dalam keadaan daif ketika operasi tersebut.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya berkata, kebanyakan individu yang dikompaun merupakan pemuda dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Ujar beliau, sikap mereka yang degil dan tidak menghiraukan teguran pemilik kedai akhirnya menerima padah setelah dikompaun dalam operasi kali ini.

"Kita mengarahkan operasi ini dilaksanakan berterusan supaya kesedaran larangan merokok di kawasan ini dipertingkatkan lagi bagi memastikan orang ramai berasa selamat terutama berada di tempat awam," katanya lagi.