Laporan polis terhadap 2 artikel alegasi hakim dalam 1MDB, SRC

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Laporan berita berhubung alegasi penglibatan seorang Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia di dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC mengandungi beberapa perkara yang dipercayai akan mengganggu gugat perjalanan pentadbiran keadilan jenayah dan institusi kehakiman negara ini.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam satu kenyataan berkata, artikel-artikel yang dilaporkan dalam dua portal berita bertajuk ‘Group calling for Najib’s pardon now wants judge Nazlan arrested‘ dan ‘Shocking Revelation: Najib’s Trial Judge Nazlan’s Conflict-of-Interest Exposed’ bertarikh 14 Mac lalu.

Menurut kenyataan itu, satu laporan polis telah dibuat pejabat berkenaan agar siasatan dapat dijalankan di bawah Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan juga termaktub di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan lain-lain peruntukan undang-undang yang berkaitan,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Dalam pada itu, Pejabat Ketua Pendaftar turut meminta agar orang ramai lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu perjalanan sesuatu kes yang sedang dibicarakan.

Katanya, ia sekali gus mengganggu gugat pentadbiran keadilan jenayah dan institusi kehakiman negara

Artikel Berkaitan: