Lelaki bakar diri meninggal dunia

Laporan Sinar Harian, kelmarin.
Laporan Sinar Harian, kelmarin.
A
A
A

MANJUNG - Lelaki yang mengalami lecur teruk dipercayai akibat membakar diri sendiri, meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Seri Manjung, semalam.

Mangsa berusia 21 tahun dikejarkan ke hospital berkenaan, Isnin lalu akibat cedera terbakar hampir 90 peratus.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, pihak hospital memaklumkan mangsa meninggal dunia pada jam 6.20 petang.

"Bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan punca kematian mangsa," katanya.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa bertindak membakar dirinya selepas bergaduh dengan teman wanita, kejadian berlaku di tempat letak kereta di sebuah rumah di Kampung Bintang, Sitiawan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakar diri selepas bergaduh dengan teman wanita

Artikel Berkaitan: