Covid-19: 92 kematian baharu direkodkan, 388 pesakit di ICU

Jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik mencecah 33,899 orang.
Jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik mencecah 33,899 orang.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 92 kematian akibat Covid-19 pada Selasa dengan 33 daripadanya membabitkan kematian di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik mencecah 33,899 orang daripada lebih 3.82 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Sementara itu, terdapat 308,942 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, 298,123 individu atau 96.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 2,031 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 8,400 kes dirawat di hospital dan 388 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes di ICU pula membabitkan 173 pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan dan 215 lagi memerlukan mesin ventilator.

Artikel Berkaitan: