816 pelajar UMK kembali ke kampus

Pelajar yang memilih untuk tinggal di kolej kediaman mula mendaftar masuk pada Isnin.
Pelajar yang memilih untuk tinggal di kolej kediaman mula mendaftar masuk pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 816 pelajar kumpulan pertama kembali ke kampus bagi memulakan pengajian bagi semesta baharu sesi akademik 2021/2022 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini dan Bachok pada Isnin.

Naib Canselor UMK, Profesor Dr Razli Che Razak berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 6,254 yang mendaftar sehingga Ahad bagi mengikuti sesi pengajian bersemuka bermula 20 Mac ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu juga, seramai 4,527 penuntut memohon penginapan di dalam kolej kediaman manakala 1,727 lagi memilih untuk menginap di luar kampus.

“Mereka perlu mematuhi garis panduan dengan mengemaskini status kesihatan di Mysejahtera sebelum memasuki kawasan kampus.

“Pelajar juga disarankan menjalani ujian kendiri dalam masa tempoh tiga hari sebelum bertolak ke kampus dan hanya mereka yang disahkan negatif sahaja dibenarkan kembali ke kampus manakala mereka yang didapati positif atau bergejala diminta menangguhkan kedatangan sehingga sembuh,” katanya selepas melakukan tinjauan di Pusat Saringan Kesihatan Covid -19 di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok pada Isnin.

Pelajar membawa barangan peribadi ke kolej bagi menjalani sesi akademik 2021/2022 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bermula 20 Mac depan.
Pelajar membawa barangan peribadi ke kolej bagi menjalani sesi akademik 2021/2022 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bermula 20 Mac depan.

Dalam pada itu, beliau berkata, UMK turut menyediakan pusat saringan kesihatan dan kit ujian kendiri Covid-19 di bawah kendalian Pusat Kesihatan Universiti dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UMK.

“Proses pendaftaran berjalan lancar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu pemakaian pelitup muka serta menjaga penjarakkan fizikal.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, hebahan kesihatan juga sentiasa dikemaskini selaras dengan ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang tempoh pengajian,” katanya.