Rangnick harap Ronaldo terus cemerlang

Ronaldo meraikan jaringannya golnya. - Foto Reuters
Ronaldo meraikan jaringannya golnya. - Foto Reuters
A
A
A

PENGENDALI Manchester United Ralf Rangnick berharap agar prestasi cemerlang dipamerkan tonggak serangan skuad kendaliannya itu, Cristiano Ronaldo ketika menewaskan Tottenham Hotspur 3-2 di Old Trafford pada Sabtu berterusan selepas ini.

Malah menurut Rangnick, aksi Ronaldo di sepanjang perlawanan itu selain jaringan hatrik daripada pemain berusia 37 tahun itu disifatkan sebagai yang terbaik pernah disaksikannya sejak memimpin skuad The Red Devils itu mulai 2 Disember 2021 lalu.

“Pada saya, dia (Ronaldo), telah mempamerkan aksi terbaik dan membuktikan bahawa dia masih memiliki kualiti yang diperlukan oleh pasukan.

"Kita harapkan agar prestasi itu berterusan dan seterusnya membantu kita merealisasikan hasrat berada dalam kelompok empat pasukan teratas, EPL musim ini,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Ronaldo meledak tiga gol pada minit ke-12, min-38 dan min-81 manakala tonggak serangan Spurs, Harry Kane menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-35 sebelum kapten United, Harry Maguire menjaringkan gol sendiri pada minit ke-72.

Bagaimanapun gol sendiri itu dilihat gagal menyekat kemenangan United dan menyaksikan skuad The Red Devils itu melonjak pada kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 50 mata setelah mengharungi 29 perlawanan.

Jaringan hatrik Ronaldo meletakkan beliau pada kedudukan teratas selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan 807 gol untuk kelab dan Portugal.

Sementara itu, rakan sepasukan Ronaldo di United Paul Pogba turut menghamburkan pujian kepada Ronaldo dan menyifatkan pemain berkenaan sebagai antara penyerang terbaik dalam arena bola sepak moden.

Artikel Berkaitan:

“Dia (Ronaldo) merupakan pemain yang ‘cemerlang.’ Semua orang tahu siapa Ronaldo dan tiada apa yang perlu diperkatakan lagi mengenainya.

“Dia tidak beraksi pada perlawanan sebelum ini, tetapi kali ini dia kembali dengan meledak hatrik dan apabila pasukan ini beruntung kerana memiliki penyerang hebat sepertinya,” ujar Pogba.