Hasni menang di Benut dengan majoriti 5,859 undi

Hasni mempertahankan kerusi DUN Benut dengan majoriti 5,859 undi. - Foto Bernama
Hasni mempertahankan kerusi DUN Benut dengan majoriti 5,859 undi. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut dengan majoriti 5,859 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Hasni yang mendapat 10,896 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Senator Datuk Isa Ab Hamid yang mendapat 5,037 undi.

Calon PKR, Haniff @ Ghazali Hosman memperolehi 1,200 undi dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang ), Iskandar Noor Ibrahim (139).

Artikel Berkaitan: