Kukup sah milik BN

Jefridin Atan
Jefridin Atan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup secara rasmi menjadi kerusi pertama milik Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Calon BN, Datuk Jefridin Atan berjaya meraih kemenangan dengan majoriti sebanyak 8,106 undi meninggalkan calon-calon lain.

Pada proses penamaan calon sebelum ini, DUN Kukup menyaksikan pertembungan empat penjuru yang mana melibatkan calon Perikatan Nasional (PN), Mahathir Iskandar Muhammad; PKR, Mohd Zaiful Bakri dan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Zamzam Hashim.

Artikel Berkaitan: