Peratusan keluar mengundi rendah bakal wujudkan kerajaan minoriti

Mohd Shafie ketika ditemui media selepas mengadakan tinjauan di SK Pengkalan Raja Pekan Nanas pada Sabtu.
Mohd Shafie ketika ditemui media selepas mengadakan tinjauan di SK Pengkalan Raja Pekan Nanas pada Sabtu.
A
A
A

PONTIAN - Peratus keluar mengundi yang tidak mencapai sasaran bakal menjadikan kerajaan negeri yang akan dibentuk di Johor sebagai kerajaan minoriti.

Pengerusi Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, peratusan keluar mengundi yang rendah itu jelas membimbangkan.

Katanya, mengikut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), statistik keluar mengundi sehingga pukul 1 petang pada Sabtu hanya 35 peratus

"Andai peratus keluar mengundi hanya 30 hingga 35 peratus, ia boleh menjadikan kerajaan Johor sebagai kerajaan minoriti.

"Pengundi tidak hadir (keluar mengundi) mungkin bimbang Covid-19 atau tanda protes", katanya ketika ditemui selepas meninjau Pusat Pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Raja, Pekan Nanas pada Sabtu.

Turut bersama dalam tinjauan itu, calon Warisan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas, Hishamudin Busri.

Tambah Ahli Parlimen Semporna itu, keadaan tersebut akan mengakibatkan demokrasi tergugat kerana rakyat menolaknya.

"Diharap lepas ini tiada lagi PRN (Pilihan Raya Negeri) kerana menyusahkan rakyat serta kos yang banyak," ujarnya.

Artikel Berkaitan:


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my