PRN Johor: Berbaki empat jam, peratusan mengundi 40 peratus

Petugas SPR membawa beg berisi kertas undi dan kelengkapan dari pusat pengundian Balai Raya Pulau Besar di Jeti Mersing kira-kira jam 1.20 tengah hari Sabtu. Foto: Bernama
Petugas SPR membawa beg berisi kertas undi dan kelengkapan dari pusat pengundian Balai Raya Pulau Besar di Jeti Mersing kira-kira jam 1.20 tengah hari Sabtu. Foto: Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat jam 2 petang Sabtu berada pada kadar masih rendah iaitu 40 peratus.

Tempoh pengundian masih berbaki empat jam sebelum pusat pengundian ditutup pada jam 6 petang.

SPR sebelum ini menyasarkan sebanyak 70 peratus pengundi menjalankan tanggungjawab mereka.

Pada Jumaat, Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan dijangka seramai 2,539,606 individu yang layak mengundi keluar mengundi.

Menurutnya, sebanyak 1,021 pusat mengundi dan 4,638 saluran akan dibuka untuk tujuan pengundian dari jam 8 pagi hingga 6 petang membabitkan 49,290 orang petugas untuk proses pengundian.

Artikel Berkaitan:


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my