Dua lorong ditutup, tanah mendap di Jalan Tun Razak

Dua lorong di Jalan Tun Razak berhadapan Kedutaan Indonesia ditutup susulan kejadian jalan mendap pada Sabtu
Dua lorong di Jalan Tun Razak berhadapan Kedutaan Indonesia ditutup susulan kejadian jalan mendap pada Sabtu
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menutup dua lorong di Jalan Tun Razak berhadapan pintu utama kedutaan Indonesia di sini, susulan kejadian tanah mendap pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kejadian pada jam 9 pagi itu, pihaknya mendapati jalan itu mendap sehingga mengakibatkan lorong kiri dan tengah perlu ditutup.

"Hanya satu lorong kanan sahaja yang dibuka bagi laluan kenderaan. Kerja-kerja siasatan dan pembaikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Pengurusan Air Selangor sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sarifudin berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengikut arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun H S Lee di talian 03 -2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69," katanya.

Artikel Berkaitan: