Laporan Jakim bawah Majlis Raja-Raja Melayu kurang tepat

Majlis Raja-Raja kali ke-258 berkenan memilih Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Pengerusi MKI untuk tempoh dua tahun.
Majlis Raja-Raja kali ke-258 berkenan memilih Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Pengerusi MKI untuk tempoh dua tahun.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) menyifatkan laporan mengenai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang diletakkan di bawah kuasa Majlis Raja-Raja Melayu kurang tepat dan boleh dianggap mengelirukan.

MKI dalam satu kenyataan menjelaskan, pelantikan Pengerusi MKI sejak penubuhannya pada tahun 1968 dilaksanakan oleh Majlis Raja-Raja dan Perdana Menteri, bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman telah diperkenankan memenuhi peranan dan tanggungjawab MKI sebagai Pengerusi.

Bagaimanapun katanya, Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-258 yang diadakan pada Rabu dan Khamis membuat ketetapan bahawa salah seorang daripada Raja Pemerintah wajar memenuhi peranan dan tanggungjawab Pengerusi selama tempoh dua tahun secara bergilir-gilir sementara Perdana Menteri dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

“Ketetapan ini selaras dengan perakuan yang dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja oleh Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

“Beliau berpandangan, oleh kerana Islam di bawah bidang kuasa dan budi bicara Raja-Raja Pemerintah, adalah lebih bertepatan untuk MKI dipengerusikan oleh seorang Raja Pemerintah,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, MKI berkata, Majlis Raja-Raja kali ke-258 telah berkenan memilih Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Pengerusi MKI untuk tempoh dua tahun.

“Perakuan Jawatankuasa ini telah dirunding oleh Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dengan pihak kerajaan dan masing-masing telah mencapai persefahaman dan kata sepakat,” katanya.

Artikel Berkaitan: