Covid-19: 70 kes kematian, 389 pesakit di ICU

Kes ICU membabitkan 160 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 229 lagi memerlukan mesin ventilator. - Gambar hiasan
Kes ICU membabitkan 160 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 229 lagi memerlukan mesin ventilator. - Gambar hiasan
A
A
A
SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 70 kes kematian baharu akibat Covid-19 pada Khamis.

Menurut data KKM di portal CovidNow, 19 daripada 70 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Ia menjadikan keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu sebanyak 33,567 orang daripada lebih 3.7 juta kes positif Covid-19 yang dikesan.

Menurut data itu, kes kematian tersebut melibatkan10 negeri dengan tertinggi direkodkan di Perak dan Selangor iaitu masing-masing sebanyak 20 dan 11 kes.

Ia diikuti Johor mencatatkan 10 kes, Kelantan (sembilan), Kedah (tujuh), Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing (empat) serta Pahang (tiga).

Sementara itu, satu kes kematian direkodkan di Perlis dan Terengganu.

Bagi kes BID pula, sembilan kes direkodkan di Kelantan, disusuli dengan Perak (empat), Pahang (tiga), Selangor (dua) dan Negeri Sembilan (satu).

Dalam pada itu, menerusi portal itu juga, terdapat 314,420 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 302,242 individu atau 96.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,039 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 8,750 kes dirawat di hospital dan 389 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Artikel Berkaitan:


Kes ICU membabitkan 160 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 229 lagi memerlukan mesin ventilator.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!