Remaja maut terjatuh sungai ketika cuci motosikal

Anggota bomba mengangkat remaja yang lemas di sebuah sungai di Estet Gemas Baru, Gemas, Segamat pada awal pagi Khamis
Anggota bomba mengangkat remaja yang lemas di sebuah sungai di Estet Gemas Baru, Gemas, Segamat pada awal pagi Khamis
A
A
A

SEGAMAT - Seorang remaja ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dari tebing sungai ketika mencuci motosikal di Estet Gemas Baru, Gemas di sini pada Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Penolong Penguasa Bomba Muhd Hazim Abdul Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.56 petang.

Susulan itu katanya, seramai 16 anggota dengan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat remaja lelaki terbabit yang dikenali sebagai, G Hematharshan, 19.

Anggota bomba ketika sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa pada Rabu.
Anggota bomba ketika sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa pada Rabu.

"Hasil pencarian secara 'surface searching' oleh pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), mangsa berjaya ditemui pada jam 2.27 pagi pada jarak lebih kurang 10 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.

"Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 3.40 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: